Wednesday, May 31, 2006

Pengetua baru bagaikan ibu tiri

Tersebutlah al kisah disekolah kami. Kami baru sahaja kehilangan seorang pengetua yang ditukarkan ke sekolah yang lain. Maka selang 4 bulan kemudian kami dapatlah pengganti. Yang patah kan tumbuh yang hilang akan berganti. Cuma yang datang ni seorang ibu tunggal. Maka bila dia datang di sekolah kami dia merungut sekolah ni bising keadaan tidak terkawal tambah cuaca panas. Dia telah panggil kami semua dan marah-marah sedangkan kami rasa kami tak sempat pun buat salah dengannya.

Dia bagaikan ibu tiri yang memarahi anak-anak tiri. "Mengapa kamu bising sangat, tak ada displin, tak ada kerja ..........". Dia tak lupa juga memarahi suami barunya. "Abang ni biar saja anak-anak, abang tak pandai urus mereka ............". Maka anak-anak tiri dan suaminya menjadi sasaran kemarahannya.

Suami dan anak-anak tiri merasakan harapan mereka yang tinggi menggunung hancur. Kasih sayang dan perhatian yang diharapkan lenyap kerana mereka telah dipandang sebagai beban dan pembawa masalah.

Dia tidak lupa mengatakan kepada suaminya dan anak-anak tirinya. "You are very unlucky..."
kerana beribukan dirinya....

Itulah yang telahpun berlaku dan akan menjadi titik hitam bagi kami..

Pendidikan agama dirasakan amat penting

Jurutera tak kekok urus sekolah agama
Oleh Hasliza Hassan
Dr Fauzi mahu pelajar cemerlang, beriman serta menjadi Muslim sejatiHAIRAN juga apabila seorang jurutera tiba-tiba berminat menubuhkan sekolah agama swasta bersama beberapa rakan korporat dan kini mencurahkan seluruh bakti menguruskan sekolah berkenaan.
Risik punya risik, rupa-rupanya pendidikan agama tidak asing bagi dirinya kerana beliau dilahirkan dan dibesarkan di pondok (institusi pendidikan agama tradisional) milik datuknya di Pasir Mas, Kelantan.Darah pendakwah yang mengalir dalam dirinya tidak pernah luntur walaupun berpeluang melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang kejuruteraan yang tidak banyak kaitan dengan pengajian sekolah agama pondok.Justeru, meneruskan cita-cita serta tradisi keluarga yang terbabit dalam pendidikan agama, Ir Dr Fauzi Abdul Samad, 57, tidak berfikir panjang apabila rakan mengajak menubuhkan sekolah agama swasta.Beliau yang memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Sekolah Islam Adni sejak dua tahun lalu berkata, sekolah berkenaan ditubuhkan pada 1997 dengan murid ketika itu hanya 12 orang dan beroperasi di sebuah rumah kedai di Taman Melawati.“Pada ketika itu saya masih aktif sebagai jurutera awam bahagian air di firma sendiri. Namun, saya melihat ada keperluan menubuhkan sebuah sekolah agama yang menawarkan pendidikan secara bersepadu.“Tambahan pula, kita mendapat sokongan daripada ibu bapa yang mahukan anak mereka bukan saja berjaya dalam bidang akademik, tetapi dapat menguasai ilmu agama dengan cemerlang,” katanya.Pada dasarnya bidang kejuruteraan dan pengurusan sekolah mempunyai perbezaan yang besar, namun berbekalkan minat serta pengalaman ketika tinggal di pondok milik keluarga, tugas itu dilaksanakan sebaiknya.Graduan Universiti Canterbury, New Zealand, dalam bidang kejuruteraan air itu tidak kekok menguruskan sekolah agama kerana sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan membina kerjaya di Universiti Teknologi Mara.Malah, pengalaman sebagai jurutera perunding serta ilmu pembangunan pengurusan yang ditimba dari Harvard Business School memberi kelebihan kepadanya untuk menghadapi cabaran dari segi pengurusan serta pentadbiran.Dr Fauzi berkata, berkat usaha gigih pengurusan sekolah dan sokongan diberikan ibu bapa, Sekolah Islam Adni terus menuju kecemerlangan dan kini megah mendidik kira-kira 700 pelajar dengan tenaga pengajar seramai 100 orang.Katanya, Sekolah Islam Adni adalah sekolah agama swasta yang ditubuhkan dengan matlamat mengembangkan potensi pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penghayatan berteraskan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.Menjadi harapan pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan pada masa sama memiliki keimanan serta akhlak Muslim sejati, nilai yang kian hilang dalam diri anak-anak hari ini.Sistem pendidikan Sekolah Islam Adni menerapkan nilai Islam secara praktikal melalui sukatan pelajaran oleh Kementerian Pelajaran dan program diniyah yang diperkenalkan pihak sekolah.Program diniyah yang menitikberatkan ilmu tauhid seperti keimanan, kepentingan solat dan nilai murni yang dianjurkan Islam menjadi kunci utama untuk pelajar membina kejayaan.Tanpa meminggirkan kepentingan kecemerlangan akademik, ia hanya sebahagian daripada matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar yang memiliki nilai murni melalui penghayatan konsep iman, akhlak, tata budi dan perilaku berteraskan Islam. Keberkesanan program yang disediakan dan kejayaan dicapai pelajar menguatkan keazaman Dr Fauzi menjadikan Sekolah Islam Adni, sekolah terunggul bukan saja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa.Keyakinan itu berdasarkan minat yang ditunjukkan negara lain seperti Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Bangladesh yang mengiktiraf program pendidikan di sekolah berkenaan.“Pelajar kita daripada rakyat tempatan dan pelajar antarabangsa. Secara tidak langsung, kewujudan sekolah ini mendapat perhatian negara luar yang kini menunjukkan minat untuk menubuhkan sekolah seperti Sekolah Islam Adni.“Kita berbangga kerana pihak luar turut mengiktiraf pendekatan pendidikan yang kita perkenalkan. Ini menjadi cabaran kepada pihak sekolah memastikan Sekolah Islam Adni terus mengekal dan memperbaiki pencapaian di masa depan,” katanya.Pastinya sebagai sebuah sekolah swasta walaupun berteraskan kepada prinsip Islam, ibu bapa memiliki harapan tersendiri terhadap pencapaian anak mereka terutama dalam bidang akademik.Itu tidak dinafikan Dr Fauzi yang turut didatangi ibu bapa yang tidak berpuas hati apabila pencapaian anak mereka dalam bidang akademik tidak seperti yang diharapkan.Sebagai jawapan, katanya, ibu bapa diajak menghayati kembali objektif serta matlamat utama pendidikan Sekolah Islam Adni sebagai sebuah institusi yang melahirkan pelajar berakhlak mulia serta memiliki peribadi positif.“Sekolah kami bukan pusat tuisyen untuk pastikan pelajar dapat semua A, tetapi kami ingin melahirkan pelajar yang terdidik dengan nilai Islam dan tahu menghormati orang tua.“Kami tidak mahu pelajar yang cemerlang akademik, tetapi tidak berakhlak, tidak beriman dan memiliki ciri seorang Islam sejati. Kami ingin pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat,” katanya.Dr Fauzi berkata, walaupun kewujudan Sekolah Islam Adni semakin dirasakan berdasarkan permintaan berterusan daripada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak di sekolah itu, banyak lagi yang perlu dilakukan.Beliau masih belum berpuas hati kerana cita-citanya untuk melihat Sekolah Islam Adni menjadi sekolah bertaraf antarabangsa yang terunggul di seluruh dunia.Berbekalkan semangat, keyakinan serta kesungguhan semua pihak dan selagi hayat yang ada, beliau akan meneruskan usaha memastikan cita-cita itu menjadi kenyataan.PROFILNama: Dr Fauzi Abdul SamadTarikh lahir: 27 Mac 1949Tempat lahir: Pasir Mas, KelantanJawatan: Pengerusi Sekolah Islam AdniPENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Air, Universiti Canterbury, New ZealandSarjana Kejuruteraan Air, Universiti Canterbury, New ZealandDoktor falsafah (PhD) Pengurusan dan Perancangan Sumber Air, Universiti New South Wales, Australia

Sumber : Berita Harian Online